Salam Tahun Baru 2025

 

Salam tahun baru 2025 saya ucapkan kepada pencinta catur di Kelantan khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Tahun 2024 telah berlalu dengan pelbagai kejohanan telah diadakan termasuk Kejohanan Catur Lotus’s setiap bulan dengan kerjasama Akademi Catur Ariez Azman yang menyasarkan penyertaan pemain berumur 12 tahun dan ke bawah. Selain itu, kerjasama dengan pihak-pihak lain seperti KIAS, UMK, AEON Mall dan juga pihak Masjid Jamek Muhammadi membuahkan kejohanan-kejohanan bertaraf negeri yang menerima penyertaan hampir seluruh daerah di Kelantan. 

Tahun 2024 juga bakal diingati dengan memori dua orang pencatur SUKMA, Mohd Syakir dan Nik Omar Heykal yang membawa pulang pingat gangsa dari bumi Kenyalang. Syabas diucapkan!

Tahun 2025 diharapkan dapat memberikan sesuatu yang lebih baik lagi terutamanya kepada ahli-ahli PCNK yang aktif. Kejohanan-kejohanan catur FIDE rated sedang dirancang seawal cuti Tahun Baru Cina ini. Kejohanan-kejohanan catur ini akan membantu meramaikan pemain catur Kelantan yang mempunyai rating FIDE, seterusnya memudahkan perancangan PCNK menyertai mana-mana kejohanan bertaraf kebangsaan mahupun antarabangsa yang memerlukan rating FIDE. 

Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan AJK PCNK untuk sesi 2025-2027 yang akan diadakan dalam bulan Februari. Diharapkan pemilihan AJK baru ini akan meneruskan kecemerlangan dan kesinambungan AJK terdahulu malah akan berkhidmat dengan lebih baik lagi, in shaa Allaah. 

Sehubungan itu, pada tahun ini, para pencatur Kelantan yang berminat meneruskan penyertaan dalam kejohanan-kejohanan anjuran PCNK boleh menekan butang Borang Keahlian PCNK Online yang berada di sebelah kanan laman web ini. 

Adalah diharapkan pihak yang berminat membayar yuran tahun 2025 sebelum 1 Februari untuk melayakkan mereka manfaat-manfaat dan faedah-faedah di atas.

 

MOHD AZIZUL MAT DAUD

Presiden 2023-2025

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *