Kejohanan Catur SK Pak Roman – PCNK



SK Pak Roman dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kelantan (PCNK) akan mengadakan Kejohanan Catur SK Pak Roman – PCNK pada 10 November ini. Kejohanan akan diadakan di SK Pak Roman dan Pusingan 1 dijangka akan berlangsung pada jam 9 pagi. Oleh itu, semua peserta yang mendaftar diwajibkan hadir SEBELUM taklimat arbiter pada jam 8.45 pagi.

Pembayaran akan diadakan SELEPAS Pusingan 1 berlangsung. Peserta yang selesai bermain Pusingan 1 boleh membuat pembayaran di kaunter manakala ibubapa atau guru pengiring boleh berbuat demikian SEMASA pusingan 1 dilangsungkan.

AHLI AKTIF diwajibkan menunjukkan KAD AHLI untuk mendapat harga AHLI.

Pendaftaran HANYA boleh dilakukan dengan mengisi borang yang disediakan di bawah ini.

BORANG PENDAFTARAN

 

KRONOLOGI KEJOHANAN

TAKLIMAT ARBITER – 8.45 pagi
Pusingan 1 – 9.00 pagi
Pusingan 2 – 10.00 pagi
Pusingan 3 – 11.00 pagi
Pusingan 4 – 12.00 tengahari
REHAT – 1.00 petang
Pusingan 5 – 2.00 petang
Pusingan 6 – 3.00 petang
PENYAMPAIAN HADIAH – 4.00 petang

(Sijil penyertaan hanya akan diberi SELEPAS majlis penyampaian hadiah selesai)

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *