[autoad] Ariji Juarai PCNK PROKEL (Siri 5) – PCNK

Ariji Juarai PCNK PROKEL (Siri 5)



Muhammad Ariji Hasan Basri membuktikan latihan setiap malam di bangunan MARA Kota Bharu bersama pencatur lagenda Kelantan, Azhari Mohd Noor, tidak sia-sia dengan menjuarai PCNK PROKEL sekali lagi. Setelah memenangi Siri 3, Ariji bertindak menumpaskan semua pencabarnya termasuk juara Siri 4, Ariez Azman.

Sementara itu, penentuan tempat kedua menjadi kontroversi apabila tie break Personal Encounter (PE) telah disalah tafsir. Khairul Ikmal, Ong Wei Kean dan Norazlin sama-sama berada di dalam kumpulan 4 markah. PE hanya boleh digunakan jika ketiga-tiga pemain bertemu satu sama lain. Oleh kerana Ong Wei Kean dan Norazlin tidak pernah bertemu, maka PE tidak boleh digunapakai walaupun Norazlin pernah bertemu Khairul Ikmal dan Ong pernah bertemu Khairul Ikmal. Oleh itu, pingat telah silap diberi, namun markah PCNK PROKEL akan diperbetulkan mengikut perkiraan sepatutnya.

Senarai penuh pemenang boleh dibaca di pautan di bawah:

KEJOHANAN SABTU PERTAMA PCNK PROKEL (Siri 5)

 

Markah keseluruhan setakat Siri 5:

Tie break untuk markah keseluruhan:

1. Kedudukan tertinggi yang pernah dicapai dalam mana-mana siri

2. Berapa kali kedudukan tertinggi tersebut dicapai

3. Bila kedudukan tertinggi tersebut dicapai (siri lebih awal diberi keutamaan)

 

Gambar sekitar kejohanan:

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *