Kejohanan Catur Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan – PCNK

Kejohanan Catur Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.

Kejohanan catur atas talian menggunakan platform Lichess.org.

Kejohanan ini diadakan sempena cuti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Al-Sultan Kelantan.

Kawalan masa yang digunakan ialah 5 minit dengan increment 2 saat untuk setiap pusingan.

Untuk menyertai kejohanan ini, sila ambil langkah-langkah berikut:

1. Sila buat bayaran pendaftaran ke akaun Persatuan Catur Negeri Kelantan seperti berikut:

RHB ( 20305360012947 )

Bayaran pendaftaran:

  • Ahli Aktif PCNK ( RM10 )
  • Bukan Ahli ( RM20 )

2. Sila daftarkan akaun anda di http://lichess.org jika anda masih belum memilikinya.

3. Sila sertai Team PCNK Lichess di pautan https://lichess.org/team/pcnk . Tunggu sehingga penyertaan anda disahkan.

4. Isi borang di bawah dengan sempurna ( Hanya peserta yang mengisi borang layak mendapat hadiah jika menang ).

5. Sila sertai kejohanan di pautan https://lichess.org/swiss/2AgOOnw4. Pastikan anda menekan butang ‘Join‘ selewat-lewatnya sehari sebelum kejohanan.

Tarikh tutup penyertaan ialah 10 November 2020 pukul 6 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Azizul ( 019-6138802 ).

Semoga berjaya!

Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.