TAHNIAH PEMENANG KEJOHANAN PENCARIAN BAKAT BARU BAWAH 12 TAHUN (SIRI 2)

Alhamdulillah, Kejohanan Pencarian Bakat Baru Pencatur Bawah 12 Tahun Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 September 2026 di Kayuan Coffee, Kota Bharu.

 
Kejohanan anjuran bersama PCNK dan ACAA ini dibuka khas untuk pelajar ACAArian dan pemain jemputan PCNK. Matlamatnya adalah memberi pengalaman bertanding kepada pemain muda dan meningkatkan kualiti permainan untuk jangka panjang, sebagai sebahagian daripada projek pembangunan catur Negeri Kelantan.
 
 
 
 
Tahniah kepada semua pemenang! Kepada peserta yang belum berjaya kali ini, setiap perlawanan adalah pelajaran. Teruskan berlatih, kita jumpa di siri seterusnya!

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja dan rakan kerjasama yang menjayakan kejohanan ini:
🔹 Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, atas sokongan berterusan terhadap pembangunan atlet muda catur negeri.
🔹 Kayuan Wood Interior & Furniture, atas tajaan dan kepercayaan terhadap program pembangunan bakat catur Kelantan.
🔹 Kayuan Coffee, selaku tuan rumah yang menyediakan tempat yang selesa dan layanan mesra kepada semua peserta dan ibu bapa.
 
Sokongan anda amat bermakna dalam usaha melahirkan generasi baru pencatur Kelantan. Semoga kerjasama ini berterusan untuk siri-siri akan datang.
 
Terima kasih juga kepada ibu bapa, jurulatih dan semua petugas yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *