Pemilihan Shortlist Bermula!

Persatuan Catur Negeri Kelantan (PCNK) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sesi Pemilihan Shortlist SUKMA telah bermula hari ini dan akan berakhir esok bertempat di ACAA Hub, Kubang Kerian.

Program ini merupakan satu proses penting dalam usaha PCNK untuk mengenal pasti serta memilih pemain terbaik bagi mewakili negeri Kelantan ke temasya SUKMA yang akan datang. Pemilihan ini bukan sekadar melihat keputusan perlawanan semata-mata, malah melibatkan penilaian menyeluruh dari pelbagai aspek penting.

Antara kriteria yang dinilai termasuklah:

♟️ Kekuatan permainan dan konsistensi prestasi

♟️ Disiplin serta ketahanan mental

♟️ Pengurusan masa dan ketepatan strategi

♟️ Komitmen serta semangat berpasukan

Sepanjang dua hari sesi pemilihan ini berlangsung, para pemain akan dinilai secara profesional oleh barisan jurulatih dan pegawai teknikal PCNK. Setiap langkah dan keputusan dibuat dengan penuh teliti bagi memastikan hanya pemain yang benar-benar bersedia, berpotensi tinggi dan mampu membawa cabaran negeri akan disenarai pendekkan.

Pairing dan keputusan setiap pusingan boleh di akses di page SUKMA dengan menekan pautan di bawah : 
Pairing Pemilihan SUKMA 2026

PCNK merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua pemain yang terlibat. Gunakan peluang ini untuk menampilkan permainan terbaik dan membuktikan keupayaan masing-masing demi menggalas amanah mewakili Kelantan.

Kelantan Bangkit. Catur Hebat.

#PCNK

#SUKMA

#RoadToSUKMA

#CaturKelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *