Sukan Kelantan (SUKEL) 2025

SUKEL merupakan sebuah acara rasmi peringkat negeri yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) sebagai platform utama program pembangunan sukan dan penganjuran sukan di negeri Kelantan. Penganjuran acara ini mendapat kerjasama erat daripada Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM), Persatuan Sukan Negeri (PSN), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memastikan kelancaran pengurusan dan keberkesanan program. Melalui SUKEL, para atlet dari Pusat Latihan Negeri (PLN), Pusat Latihan Daerah (PLD), dan kelab-kelab sukan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang lebih kompetitif sebagai pendedahan awal sebelum ke peringkat lebih tinggi. SUKEL turut berfungsi sebagai langkah persiapan strategik bagi membentuk pasukan atlet negeri yang mantap, berdaya saing serta mampu memberikan cabaran di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Sehubungan itu, pihak PCNK sebagai persatuan catur rasmi negeri Kelantan telah dipilih untuk terlibat secara langsung mengendalikan acara CATUR dalam SUKEL ini. Kejohanan akan diadakan pada 1 November ini bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Pemenang pingat SUKEL akan dipilih memasuki senarai panjang untuk pasukan catur SUKMA Kelantan. 

Sebanyak 4 pingat emas ditawarkan di dalam 4 acara iaitu : 

Rapid Individu Lelaki
Rapid Individu Perempuan
Rapid Berpasukan Lelaki
Rapid Berpasukan Perempuan 

CARA-CARA MENDAFTAR

Peserta hendaklah muat turun borang-borang di bawah dan isi :

BORANG PENYERTAAN CATUR SUKEL 2025

BORANG KEBENARAN IBU BAPA PESERTA BAWAH 18 TAHUN

 

Peserta hendaklah muat naik borang-borang tadi di pautan di bawah :

Borang Pendaftaran SUKEL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *