Kejohanan Raja Blitz Sempena Hari Iqra’ dan Pesta Buku Darulnaim 2025

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan sekali lagi bekerjasama dengan PCNK untuk menganjurkan Kejohanan Raja Blitz. Kejohanan ini diadakan sempena Hari Iqra’ dan Pesta Buku Darulnaim yang akan diadakan di Mydin Tunjong pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025.

Para ibubapa dan pengiring peserta boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik sempena hari tersebut selain daripada catur. Senarai aktiviti boleh dimuat turun daripada laman sesawang PPAK di pautan ini:

Hari Iqra’ dan Pesta Buku Darulnaim 2025 

Kejohanan kali ini agak unik kerana bermula pada pukul 5.30 petang sehingga pukul 9.45 malam dengan rehat selama 2 jam dari pukul 7 petang sehingga pukul 9 malam. Berikut adalah tentatif kejohanan : 

PENDAFTARAN 5.15 PTG

1 5:30 – 5:45 petang

2 5:45 – 6:00 petang

3 6:00 – 6:15 petang

4 6:15 – 6:30 petang

5 6:30 – 6:45 petang

6 6:45 – 7:00 petang

Rehat 7:00 – 9:00 malam

7 9:00 – 9:15 malam

8 9:15 – 9:30 malam

9 9:30 – 9:45 malam

MAJLIS PENUTUP 9.45 MLM

Adakah anda Raja Blitz yang kami cari? Daftar SEKARANG! Sila imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran di bawah :

Borang Pendaftaran Kejohanan Raja Blitz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *