Tertutup Kuala Krai – Siri 2 (dikemaskini 26/7 @ 12 tgh)



Kuala Krai sekali lagi akan menganjurkan Siri Tertutup Kuala Krai selepas siri pertama berlangsung dengan jayanya pada bulan lepas. Siri ke 2 ini akan menjadi kejohanan yang menawarkan rating kebangsaan bagi setiap kategori dengan beberapa pemain yang mempunyai rating Malaysia dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan.

Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan tersebut.

Kejohanan Catur Tertutup Kuala Krai.

Kategori

  1. Elit – Rating kebangsaan min 1300 RM 15
  2. Kategori Menengah : Bawah 18 dan 15 : RM 10
  3. Kategori Rendah     : Bawah 12 dan 9  : RM 10

Tempat Pertandingan :

Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai

Waktu Pertandingan :

8:30 pagi – Pengesahan penyertaan
9:00 pagi – Pusingan 1

Jumlah Pusingan – 6 pusingan

Hadiah

Kategori Elit – Pingat dan Sijil bagi Johan hingga tempat ke 6
                      Terbaik 1 dan 2 Lelaki Perempuan bagi Bawah 18 , 15 dan 12

Kategori Menengah

Pingat dan Sijil bagi Johan hingga tempat ke 6 Bawah 18 dan 15 untuk Lelaki dan Perempuan.

Kategori Rendah

Pingat dan Sijil bagi Johan hingga tempat ke 6 Bawah 12 dan 9 untuk Lelaki dan Perempuan.

Antara beberapa pemain yang dijemput hadir bagi Kategori elit ini ialah:

  1. Nik Ahmad Farouqi
  2. Nik Muhd Nazri
  3. Mohd Amin Noor
  4. Mohd Bukhari Yahya
  5. Mohd Ariez
  6. Baharuddin Hamzah
  7. Wan Muhd Amirul
  8. Wan Muhd Adli
  9. Siti Nur Afiqah Haslam
  10. Aliff Omar Saufi
  11. Skuad Projek Jejak Juara PPD Kuala Krai 2012
  12. Johan Kategori Bawah 18, 15 dan 12 Siri 1
  13. Pemain Rating Kebangsaan 1300 ke atas.
Para peserta dinasihatkan mendaftar awal untuk mengelakkan kelewatan pusingan 1 pertandingan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang lewat.
PCNK mengucapkan semoga pertandingan ini berjalan lancar dan terima kasih kepada Cikgu Nik Azrihan yang sentiasa bertungkus lumus untuk mengadakan pertandingan catur di Kelantan.

Untuk sebarang pendaftaran/pertanyaan lanjut boleh hubungi Cikgu Nik Azrihan di 010-9245096.



One Response to Tertutup Kuala Krai – Siri 2 (dikemaskini 26/7 @ 12 tgh)

  1. NASSERO says:

    tarikh dan hari??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *