Tahniah IM Lim Yee Weng, WFM Nur Najiha Azman Hisham – Pingat Gangsa Mixed Pair Chess SEA Games 2011



PCNK ingin mengucapkan TAHNIAH kepada IM Lim Yee Weng dan WFM Nur Najiha Azman Hisham berjaya mendapat Pingat Gangsa dalam acara Catur Campuran SEA Games 2011.

Dalam acara berikut, Pemenang pingat emas jatuh kepada pasukan Vietnam yang diwakili oleh GM Dao Thien Hai dan WGM Nguyen Thi Thanh An, dan pingat perak dimenangi pasukan Filipina yang diwakili GM Oliver Barbosa dan WIM Perena Catherine.

Kejayaan IM Yee Weng dan WFM Najiha ini sememangnya satu kejutan besar apabila berjaya mengalahkan pilihan tuan rumah Indonesia 1.5-0.5 yang membariskan GM Megaranto Susanto dan WGM Irene Karisma Sukhandar dalam usaha untuk memenangi gangsa dan mengekalkan kedudukan ketiga apabila mengalahkan pasukan Myanmar di pusingan akhir.

Diharap kejayaan mereka akan memberikan semangat kepada IM Mas Hafizul untuk memenangi pingat bagi acara Rapid  yang bermula esok dan Blitz pada 21 November nanti.

Sumber berita dan gambar dari
http://chessischess.blogspot.com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *