Selamat Bergomo IM Mas Hafizul dan Pasukan Catur Malaysia di Sukan SEA 2011, Palembang Indonesia



IM Mas Hafizul akan berangkat ke Palembang, Indonesia pada pukul 8 pagi hari ini untuk menyertai acara Blitz dan Rapid Kejohanan Sukan SEA  2011.

Pertandingan Rapid akan bermula dari 17 – 20 November sebanyak 11 pusingan dan Blitz pula akan dimainkan 9 pusingan pada 21 November 2011.

International Master Mas Hafizul, Harimau Catur Malaya

Dalam acara blitz, IM Mas bersama Sumant Subramaniam akan membawa cabaran Malaysia dengan 8 lagi pemain dari negara bertanding yang menawarkan pingat emas, perak dan gangsa. Catur Blitz ini merupakan catur kilat dimana setiap pemain mempunyai kawalan masa 5 minit seorang untuk menghabiskan setiap perlawanan. Kejayaan Mas menjuarai Kejohanan Blitz Master Blaster di DATCC baru-baru ini diharap membantu persediaan beliau di acara ini nanti. Pasukan wanita bagi blitz diwakili oleh WCM Nur Nabila Azman Hisham dan adiknya WFM Nur Najiha Azman Hisham.

Sumant Subramaniam , pertama kali mewakili Pasukan Malaysia Senior

Bagi acara rapid pula, Mas dan Sumant akan bertanding dengan 10 pemain lain untuk merebut satu lagi pingat emas, perak atau gangsa. Catur Rapid ini mempunyai kawalan masa 30 min seorang setiap perlawanan. Mas membuktikan bahawa beberapa siri kejohanan rapid di Malaysia adalah miliknya dengan kejayaan terkini adalah menjadi Juara Ole-Ole pada Sabtu lalu. Pasti Mas akan bertarung habis-habisan untuk mengembangkan sayap menjadi Juara di SEA Games pula. Pasukan wanita bagi rapid pula akan diwakili oleh WCM Nur Nabila dan WNM Tan Li Ting.
Laman Rasmi Sukan SEA 2011 di SINI

Senarai pemain bagi Sukan SEA Blitz dan Rapid seperti dibawah. Sumber dari laman Blog Chess is Chess kepunyaan IM Jimmy Liew.

 

PCNK mengucapkan 

SELAMAT BERGOMO KEPADA PEMAIN CATUR MALAYSIA DI SUKAN SEA 2011 !!


Anda boleh memberi sokongan kepada IM Mas Hafizul dengan meng ‘ LIKE ‘ page FB Persatuan Catur Negeri Kelantan





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *