ZADANO Terbuka Kelantan dan NCCS Siri Kejohanan Rapid Remaja Kelantan



Salam 2015 diucapkan kepada para peminat catur negeri Kelantan, terutamanya kepada ahli-ahli Persatuan Catur Negeri Kelantan. Genap sebulan selepas negeri Cik Siti Wan Kembang ini dikejutkan dengan banjir yang menyebabkan penangguhan Kejohanan ZADANO Terbuka Kelantan, anda bakal disajikan dengan lebih banyak kejohanan-kejohanan catur yang akan diadakan bermula dengan 2 kejohanan pada bulan Februari. 
1. Siri Kejohanan Rapid Remaja Kelantan (19 Februari) 
Kejohanan anjuran New Castle Chess Solution (NCCS) ini julung-julung kali diadakan dan merupakan siri yang pertama kepada beberapa siri yang bakal diadakan pada bulan-bulan seterusnya. Sebanyak tiga kategori bakal dipertandingkan iaitu bawah 12, bawah 15 dan bawah 18. Diharapkan kejohanan ini menjadi medan pemanas badan sebelum kejohanan MSSK dan MSSM. 
Maklumat lanjut boleh dibaca DI SINI.
2. Kejohanan ZADANO Terbuka Kelantan (20-21 Februari)
Kejohanan ini bakal diteruskan selepas ditunda akibat banjir Disember lepas. Senarai baru para peserta akan dikemaskini. Diharapkan para peserta menghubungi kami untuk menyatakan samada anda masih berminat untuk menyertai kejohanan ini atau tidak. Kepada peserta yang telah membayar dan tidak berminat meneruskan penyertaan, anda boleh hubungi kami di email PCNK (catur.kelantan@gmail.com) atau hubungi Nik Ahmad Farouqi (019-999 6006) atau Mohd Azizul (019-613 8802). Sila nyatakan NAMA dan NO AKAUN agar pemulangan yuran berjalan dengan lancar.
Kepada peserta-peserta yang ingin mendaftar, maklumat boleh didapati di bawah:

Maklumat lain boleh dibaca DI SINI.
Nik Ahmad Farouqi (019-999 6006) atau Mohd Azizul (019-613 8802)

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *