Subsidi Penyertaan Kejohanan FIDE Rated di UTP



PCNK dengan berbesar hati menawarkan SUBSIDI kepada semua ahli PCNK yang ingin bermain di Kejohanan FIDE Rated Blitz dan Rapid di UTP pada 17 dan 18 November ini. Subsidi ini hanya diperuntukkan bagi kategori TERBUKA sahaja. Ini bagi memberi peluang kepada pemain-pemain FIDE Rated yang sedia ada  dari Kelantan mempunyai FIDE Rating bagi kategori Rapid dan Blitz dan juga bagi pemain dari Kelantan yang belum pernah mempunyai FIDE Rating dan ingin mendapat rating FIDE dan juga sebagai menghargai sokongan dari ahli-ahli PCNK sendiri.

Berdasarkan senarai FIDE Rating yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2012, bagi pemain FIDE yang berminat menyertai pertandingan, yuran yang akan disubsidi adalah sebanyak RM 10 manakala pemain yang tidak mempunyai rating akan disubsidi sebanyak RM 20 setiap seorang.
Pemain FIDE : Yuran Asal RM 60, selepas subsidi = RM 50
Pemain Unrated : Yuran Asal RM 100, selepas subsidi = RM 80 sahaja
Pemain yang ingin mendapat subsidi perlu mendaftar melalui Persatuan Catur Negeri Kelantan sendiri sebelum 12 November 2012. Bagi pemain yang mendaftar terus kepada penganjur akan dikenakan caj penuh.
Bagi pemain yang berminat, sila email kepada Setiausaha PCNK di [email protected] Jangan lepaskan peluang ini! GOMO KELATE GOMO!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *