Pertandingan Susulan KC2011 Bawah 12

Hari ini satu pertandingan susulan bagi kategori bawah 12 diadakan untuk memberi peluang kepada anak-anak Kelantan menunjukkan bakat terpendam mereka dalam sukan catur ini. Pertandingan ini akan berlangsung selama 6 pusingan dengan kawalan masa 25 minit seorang bagi setiap pusingan.

Seramai 29 pelajar telah mendaftar setakat ini dan pusingan 1 akan bermula serentak dengan pusingan 4 bagi kategori Terbuka KC2011pada pukul 9.30 pagi.

Senarai penuh pelajar akan dikemaskini di Chess-Result sebentar lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *