Perhatian Pencatur Kelantan



Kejohanan Catur Terbuka Kelantan akan diadakan pada akhir Disember ini. Ini peluang anda untuk mendapatkan pengalaman bertanding dalam kejohanan yang bertaraf dunia dan seterusnya mendapat FIDE rating. Kejohanan seperti ini jarang diadakan di Kelantan, oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Senarai pemain Kelantan yang mempunyai FIDE rating boleh dibaca di sini.
Maklumat kejohanan:
Tarikh: 26-27 Disember 2014 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: Dewan Haji Yaacub, SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan
Format: 9 Pusingan Swiss (25 minit seorang)
Yuran: Bukan ahli PCNK tanpa FIDE rating RM80, ada FIDE rating RM60
            Ahli PCNK tanpa FIDE rating RM60, ada FIDE rating RM45
Tarikh tutup pendaftaran: 22 Disember 2014 (Isnin)
Maklumat lain boleh dibaca di sini.
Sebagai pencatur Kelantan, anda berpeluang mendaftar dengan yuran yang lebih murah jika anda merupakan ahli PCNK. Jika belum berdaftar, sila ikuti cara-cara pendaftaran di sini. Jika anda tidak pasti samada sudah berdaftar atau belum, sila semak senarai nama ahli terkini PCNK di sini.

Jika anda sudah berdaftar sebagai ahli, anda boleh membuat pembayaran ke akaun PCNK (CIMB 12050001918105) sebanyak RM45 atau RM60 (yang mana berkaitan) dan hantarkan bukti pembayaran anda beserta dengan borang yang telah lengkap diisi ke email PCNK (catur.kelantan@gmail.com). Anda boleh memuat turun borang tersebut di sini
Kami ahli jawatankuasa PCNK mengalu-alukan kehadiran anda. Sebarang masalah sila hubungi Nik Ahmad Farouqi (019-999 6006) atau Mohd Azizul (019-613 8802) untuk pertanyaan. 
catur.kelantan@gmail.com

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *