Pemilihan ke National Closed 2010

Ini merupakan aktiviti pertama kelolaan PCNK. Pemilihan ini dilakukan bagi memilih sekurang-kurangnya 2 wakil Kelantan ke National Closed 2010 Jun ini. 2 wakil yang berjaya akan ditaja sepenuhnya untuk menyertai kejohanan tersebut. Tajaan termasuklah:
1. Tiket Pergi-Balik
2. Tempat Penginapan
3. Wang Saguhati.
Jesteru, pemilihan perlu dilakukan dengan baik dan teliti. Berikut adalah butir-butir Kejohanan Pemilihan yang akan dilaksanakan:
Tarikh    : 14-15 Mei 2010 (Jumaat-Sabtu)
Tempat  : Akan disahkan semula
Tarikh Akhir Pendaftaran : 13 Mei 2010 (Khamis)
Sesiapa yang berminat bolehlah emel ke [email protected] butiran seperti berikut:
1. Nama Penuh 
2. No KP
3. Tempat Bekerja / Belajar
4. No Telefon
5. Rating FIDE / Kebangsaan (Jika ada)
Format Pertandingan
Pusingan   : Swiss 6 atau 7 bergantung pada penyertaan
Kawalan   : 45 minit setiap pemain
Notasi      : Wajib
Yuran       : RM100 (RM50 akan dikembalikan jika pemain menghabiskan kesemua pusingan)
Hadiah     : Top 2 akan menerima tajaan penuh, manakala tempat ke 3-7 akan menerima hadiah tunai.
Kenapa mengenakan yuran yang tinggi?
Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa mengenakan yuran yang tinggi untuk kejohanan pemilihan? 
1. Kami ingin memastikan para peserta adalah mereka yang benar-benar komited untuk mewakili Negeri.
2. Yuran akan dimasukkan ke dalam tabung Persatuan 
3. RM100 akan hangus sekiranya peserta tidak menghabiskan kejohanan Ini bagi mengelakkan peserta pulang  awal (bagi mereka yang tewas dan tiada harapan untuk menang) dan menggangu keseluruhan pairing kejohanan.

One Response to Pemilihan ke National Closed 2010

  1. Tak letak terma2 dan syarat2 sapo yg layak wakil negeri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *