Keputusan Pemilihan Ke National Closed 2010

Kejohanan pemilihan ke NC2010 tamat hari ini. Walaupun jumlah peserta kurang memberangsangkan, namun kualiti pemain yang datang merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan. Dalam kejohanan kali ini, Syed Azizi Abdul Rahman telah membuat upset dengan memenangi kesemua perlawanan termasuk menewaskan pilihan utama iaitu Nik Ahmad Farouqi, Nasrul Humaimi, Mohd Azizul dan Bakri Jusoh.
Kategori Wanita hanya disertai dua wakil yang merupakan antara wakil Kelantan ke MSSM nanti. Mereka yang bertuah adalah Siti Nur Afiqah Mohd Haslam dan Najihah Mohd Saufi.
Secara kesimpulannya, Pemain yang akan mewakili Kelantan ke Kejohanan NC 2010 nanti ialah:
Lelaki
1. Syed Azizi Abdul Rahman
2. Nik Ahmad Farouqi Nik Abdul Aziz
3. Nasrul Humaimi Mahmood 
Wanita
1. Siti Nur Afiqah Mohd Haslam
2. Najihah Mohd Saufi
Pengurus Pasukan : Norazlin Bin Juarih
Keputusan Rasmi  DI SINI

One Response to Keputusan Pemilihan Ke National Closed 2010

  1. kawe harap afiqah dan najihah tahan lasak.. 6-12 jun MSSM.. 16-20 Jun NCC..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *