KC 2011



Dengan tinggal kurang dari seminggu untuk pertandingan berlangsung, suasana semakin hangat dengan kelihatan banyak pemain mula bermain di kedai-kedai kopi untuk berlatih. Di Kuala Krai juga telah diadakan latihan pusat di bawah kendalian Gregory Lau.

Namun pihak penganjur masih tertanya dan berharap adakah KC2011 ini mampu menjadi pertandingan berprestij bagi acara catur di Kelantan? Kelantan sinonim dengan IM Mas dengan catur, umpama Pele dengan bolasepak Brazil.. IM Mas sudah lebih 1 dekad mempertahankan kedudukan sebagai pemain no 1 negara.

IM Mas Hafizulhelmi

Mungkin ramai terfikir kejohanan ini terlalu rendah taraf buat seorang IM turun ke gelanggang atau untuk apa IM Mas turun bermain kerana beliau sudahpun IM. Tetapi sebagai negeri yang mempunyai pemain no 1 negara, amatlah diharapkan dapat melihat kelibat pemain terbaik negara beraksi di negeri sendiri. Diharapkan dengan adanya pemain bertaraf IM beraksi, ini dapat membuka mata pemain-pemain muda di Kelantan untuk meningkatkan taraf permainan mereka.

Kita jadikan Penang sebagai contoh, ramai NM dilahirkan di situ kerana setiap kali Pulau Pinang mengadakan pertandingan, kita dapat melihat NM Ronnie, NM Tan Khai Boon, NM Evan Capel sekali sekala turun padang memberi sokongan. Kita juga lihat Datuk Lee Chong Wei menyertai sirkit tempatan di samping sibuk dengan jadual sirkit antarabangsa bagi acara badminton.

Banyak kejohanan memberi penyertaan percuma bagi pemain bergelar NM.. di sini PCNK berbangga dapat menyatakan pemain bergelar IM boleh menyertai KC2011 secara PERCUMA. Diharap IM Mas Hafizul dapat meluangkan masa untuk turut bertanding!!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *