Abdullah Che Hassan mendaftar KC2011??



Promosi untuk KC2011 nampaknya membuatkan ramai pemain merasa diri mereka Oghe Kelate dan layak untuk menyertai pertandingan. Mengikut syarat penyertaan tahun ini seperti di bawah..

Syarat Penyertaan:
1) Kelahiran Kelantan
2) Ibu/Bapa Kelahiran Kelantan
3) Bermastautin / Bekerja / Belajar di Kelantan
( Bukti-bukti perlu dikemukakan semasa pendaftaran)

Abdullah Che Hassan yang mempunyai rating kebangsaan 1900 dan Fide Rating sebanyak 2076 memberitahu bahawa ayahnya, Che Hassan merupakan anak jati Kelantan, kampungnya sendiri di Banggol Kelantan maka dia layak menyertai pemilihan.

Abdullah Che Hassan

Seperti mana pasukan bolasepak negeri Kelantan yang menampilkan ramai pemain kebangsaan seperti Indra Putra, Hairuddin Omar tahun lepas sehingga berjaya menjuarai Piala Malaysia, kehadiran pemain-pemain yang sentiasa menyertai pertandingan tempatan pastinya dapat menguatkan pasukan Red Knights dalam pertandingan akan datang.

Apabila ditanya mengapa Abdullah berminat untuk menyertai KC2011, Abdullah menyatakan Kelantan kali ini dilihat telah mula mengambil beberapa langkah untuk maju dalam sukan catur.

Semoga dengan penyertaan Abdullah, KC2011 ini akan menghasilkan wakil yang mampu mencabar gelaran NM tahun 2011 di Kejohanan Tertutup Kebangsaan nanti



8 Responses to Abdullah Che Hassan mendaftar KC2011??

  1. NASSERO says:

    keno bagi kuiz bahaso kelate ko abdullah ni.

    1) jo’ong
    2) nnelah
    3) kkekoh chaa…

    sila jawab dulu..nik farouqi buleh jawab..

    haha..

  2. Bad Bishop says:

    Jolo ko Nik Farouqi buleh jawab.. Lamo dok KL Nik Farouqi tu..

  3. n@jd0rf says:

    ado hok kawe tokleh jawab.. tapi bad bishop tok jawab lagi kawe… adakah adik beradik Family Chess University FCU tu org Kelate? Kawe nak update senarai pemain kelate di My Chess Life..

  4. kawe lahir setempat dgn siti nurhaliza ,bapak lak org kampung KOTA ,Kota Bharu.Boleh kawe main ?

  5. Bad Bishop says:

    adik beradik FCU tidak pasti dilahirkan di Kelantan atau tidak tapi yang pastinya Mohd Musa memang dilahirkan di Kelantan. Info mengenai adik beradik Musa akan saya selidik nanti. Terima kasih kerana bertanya.

    Mengikut syarat2, kalau bapa orang Kota Bharu, buleh jah nak main Close tapi demo kena stuju syarat2 PCNK tak buleh main untuk negeri lain selain Klate kalau buleh wokel.. Bagaimanapun kami akan bermesyuarat lanjut dengan committee mengenai perkara ini malam ni. Terima kasih kerana bertanya. PCNK berbangga kerana orang kuat TCA berminat untuk menyertai pemilihan wokel klate.. 🙂

  6. NASSERO says:

    patutnya satu lagi syarat ‘SAPA SOKONG PERJUANGAN TOK GURU NIK AZIZ’ automatik layak…

  7. Bad Bishop says:

    gitu gak, GM Amir Bagheri pun layak mugo dio oghevIran sokong Tok Guru.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *