Pertandingan Catur HSN 2017



Buat kali ke3 berturut-turut, sukan catur antara sukan yang akan dipertandingkan sempena Hari Sukan Negara 2017 peringkat Negeri Kelantan. Jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana memilih sukan catur untuk dijadikan acara tahunan dipertandingkan pada Hari Sukan Negara

  • Tarikh : 14 Oktober 2017
  • Tempat : Sekolah Kebangsaan Machang 2
  • Masa : 8 pagi – 5 petang
  • Yuran : RM10 (Pelajar sekolah rendah dan menengah) RM20 (Terbuka)

Pada tahun ini, Sutrina International Sdn Bhd menjadi penaja utama untuk pertandingan Catur HSN 2017. Syarikat milik 100% bumiputera ini menjual barangan make up organik (organic cosmetics) dan berbesar hati untuk menaja hadiah pertandingan kali ini. Mohon agar pemain kita menyokong penaja kita dengan like dan follow social media mereka

Pada tahun ini juga, sejarah tercipta kerana baru sahaja 4 hari dipromosikan, penyertaan terpaksa ditutup! Ini kerana tempat untuk pertandingan kali ini agak kecil iaitu hanya mampu memuatkan 150 orang sahaja. Jumlah peserta yang berdaftar setakat ini sudah mencecah 180 orang

Hadiah (Terbuka)

Johan : RM200 + medal
N. Johan : RM150 + medal
Ketiga : RM100 + medal
Keempat : RM80 + medal
Kelima : RM50 + medal
Keenam : medal
Ketujuh : medal
Kelapan : medal

Terbaik 18L : RM30
2x : Medal

Terbaik 18P : RM30
2x : Medal

Terbaik 15L : RM30
2x : Medal

Terbaik 15P : RM30
2x : Medal

 

Hadiah (Bawah 12)

Johan : RM50
N. Johan : RM30
Ketiga : RM20
Keempat : RM20
Kelima : RM20
Keenam : Medal
Ketujuh : Medal
Kelapan : Medal

Terbaik 12P
3x : Medal

Senarai penuh pemain sudah di upload di Chess Result

Terima kasih atas sambutan yang cukup luar biasa ini. InsyaAllah AJK Pertandingan catur HSN 2017 sudah berbincang dengan pihak tuan rumah iaitu SK Machang 2 untuk menyediakan sekurang-kurangnya tempat yang boleh memuatkan 200 pemain

Jumpa disana!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *