Nik Farouqi menang atas kesilapan Ariez sendiri



Keputusan

Ariez 0-1 Nik Farouqi

IMG00323-20111029-1212.jpg
Ariez vs Nik Farouqi : DATCC Kompleks Wilayah, Kuala Lumpur

Satu lagi permainan kali ini antara Ariez dan Nik Farouqi dimainkan di DATCC. Permainan yang memasuki Variasi Semi-Slav Meran Variation ini agak seimbang sehingga ariez membuat kesilapan apabila membenarkan Nik melompat kuda ke petak d3 pada pergerakan ke 23 yang memaksa pertukaran antara Rook dan Kuda. Beberapa langkah setelah itu, Ariez berjayaa menukar Queen dan merosakkan pertahanan Nik apabila gerakan Bxf6 pada pergerakan ke 28 membuatkan benteng di depan King Hitam pecah dan bakal kehilangan pawn di h7. Apabila putih mula mengawal keadaan, Ariez tiba-tiba membuat 2 kesilapan berturut-turut pada pergerakan 34 dan 35 membuatkan Nik berjaya mempromosi pawn kepada Queen seterusnya memenangi permainan kali ini.

Berikut adalah permainan antara Ariez dan Nik Farouqi

Dengan keputusan tersebut, Nik mendaki ke tangga ke-3 dengan 3.5 mata dari 4 perlawanan manakala Ariez kekal di tangga ke 9 dengan 2 mata dari 6 perlawanan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *