MSSM, Selamat Datang ke Kelantan!



IMG-20160811-WA0008

Hari ini (13 Ogos 2016) bermula Kejohanan Catur MSSM yang julung-julung kalinya diadakan di Kelantan. Kontijen-kontijen dari seluruh Malaysia berkampung di Universiti Malaysia Kelantan untuk beradu minda mencari siapakah yang terbaik dalam kategori umur masing-masing.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Negeri Kelantan ini akan dilangsungkan di Dewan Keusahawanan UMK yang bertempat di Pengkalan Chepa sehingga 17 Ogos. Dewan ini akan menyaksikan para peserta bertarung secara individu dan juga berpasukan dalam kategori bawah 18, bawah 15 dan bawah 12 menggunakan segala hasil penat lelah latihan selama ini.

Diharapkan semua kontijen pulang membawa pengalaman indah sepanjang berada di bumi Kelantan. Jangan lupa beli baju MSSM, ye! Sila hubungi En. Faridzul 016-9640972

13909360_1055945644520421_3713015349625012048_o

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *