MSSK bermula hari ini!



Pencarian jaguh catur cilik Kelantan bermula hari ini apabila berlangsungnya pertandingan MSSK dari 5-7 Mei 2011 di MRSM Kuala Krai. Pertandingan adalah untuk memilih wakil bagi negeri Kelantan ke Kejohanan MSSM 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada Jun nanti.

Sebanyak 11 daerah mengambil bahagian dengan mempunyai 6 wakil bagi setiap kategori B18L, B18P, B15L, B15P, B12L dan B12P.

Berikut merupakan daerah yang mengambil bahagian

1. PPD Kuala Krai (Tuan Rumah)
2. Kota Bharu Utara
3. Kota Bharu Selatan
4. Machang
5. Pasir Puteh
6. Pasir Mas
7. Bachok
8. Jeli
9. Tanah Merah
10. Gua Musang
11. Tumpat

Sebanyak 8 pusingan akan berlangsung dengan 3 pusingan pada hari pertama dan kedua dan 2 pusingan pada hari terakhir. Semua peminat catur negeri Kelantan dijemput hadir ke MRSM Kuala Krai untuk berkongsi suasana pertandingan.

PCNK mengucapkan selamat bertanding kepada semua adik-adik!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *