MSSD Kuala Krai B-16 dan B-18



Satu pertandingan MSSD sedang berlangsung di Dewan Sekolah Utama MRSM Kuala Krai dari 21-23 Februari 2011. Pertandingan kali ini adalah untuk memilih wakil daerah Kuala Krai bagi kategori B18 dan 16, Lelaki dan Perempuan untuk bertanding di Kejohanan Catur MSSK nanti.

Penyertaan yang agak luar biasa tahun ini apabila sejumlah 363 peserta bertanding dalam Kejohanan kali ini. Sehingga hari ini telah berlangsung sebanyak 6 pusingan dan esok akan berlangsung 3 pusingan terakhir untuk melengkapkan 9 pusingan semuanya.

Keputusan pertandingan akan di umumkan esok.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *