Kota Bharu Blitz Chess Championship sempena Hari Sukan Negara 2015



Hari Sukan Negara akan disambut pada setiap Sabtu pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan Negara jatuh pada tarikh 10.10.2015. Pelbagai acara akan berlangsung diseluruh Malaysia dan Kelantan tidak terkecuali. Peringkat negeri Kelantan akan disambut di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu. PCNK telah diberi penghormatan untuk mengendalikan acara catur pada hari tersebut. Kota Bharu Blitz Chess Championship ini adalah kerjasa sama antara PCNK dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Perincian acara adalah seperti berikut

  • Tarikh : 10.10.2015
  • Masa : 2 hingga 6 petang
  • Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, Panji, Kota Bharu, Kelantan
  • Format : 8 minit 8 pusingan

Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan bawah 12 tahun. Boleh rujuk flyer kejohanan dibawah ini

chess sukan

Untuk mendaftar, anda boleh daftar dengan mengisi borang di pautan ini (klik) atau terus sms/whatsapps nama dan kategori kepada 016 964 0972



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *