Keputusan 17 CC Syok Syok Raya 2015



1 Ogos 2015 yang lalu, 17 Chess Club telah mengadakan kejohanan catur 17 CC Syok Syok Raya bertempat di Dewan MBSA Seksyen 17 Shah Alam. Seramai 13 orang telah menyertai cabaran catur ini yang berformatkan round robin. 3 daripada peserta tersebut adalah ahli PCNK yang menetap di sekitar lembah Klang turut menyertainya dan membuktikan kejaguhan mereka di tempat orang

Berikut adalah keputusan penuh

cc1

Abdul Haq Mohamed telah mendapat tempat kedua. Ternyata walaupun sudah lama tidak mengikuti kejohanan catur yang besar sentuhannya masib berbisa. Manakala Nik Ahmad Farouqi bin Nik Abdul Aziz yang juga merupakan Timbalan Presiden PCNK berjaya mengumpul mata penuh seterusnya menjuarai kejohanan ini.

Tahniah diucapkan

cc5

Abdul Haq ternyata masih berbisa

Nik Farouqi juara dengan mata penuh

Nik Farouqi juara dengan mata penuh

Tahniah kepada penganjur 17 cc kerana berjaya menganjurkan kejohanan santai seumpama ini. Selain yuran penyertaan adalah percuma, juadah raya juga turut disediakan kepada para pemain. Semoga lebih ramai penggiat catur di seluruh Malaysia mengadakan kejohanan santai seumpama ini. Tahniah juga kepada beberapa ‘otai’ yang sanggup turun menyertai kejohanan seumpama ini sebagai tanda sokongan kepada sukan catur di Malaysia

Beberapa gambar kenangan

cc3

cc2

 

Kepada ahli PCNK yang mengikuti apa-apa kejohanan tak kira besar ataupun kecil, menang atau kalah dan ingin memuatkannya dalam website PCNK, boleh terus menghubungi En Faridzul di 0169640972. Kejayaan anda kebanggaan kami!

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *