Kelantan Masters



Ekoran daripada Kejohanan Catur Tertutup Kelantan (KC2016) yang diadakan baru-baru ini, PCNK telah memilih Wan Mohd Azmie untuk mengisi kuota wakil negeri ke Kejohanan Catur Tertutup Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16-20 Mac ini. Namun begitu, masih terdapat kekosongan terutamanya untuk wakil wanita apabila juara kategori Wanita KC2016, Nuur Shazlynn dan naib juara, Nursyamimi, tidak memenuhi kriteria rating MCF atau rating FIDE menyebabkan mereka hanya boleh mewakili Kelantan di atas tiket Wildcard. Keadaan yang sama berlaku kepada Muhamad Syakir Mohd Zin yang menjadi naib juara kategori Lelaki. 

Sehubungan itu, PCNK mempercepatkan Kelantan Masters yang dijadualkan berlangsung awal Mac sebagai medan untuk mengisi kekosongan tersebut. Kejohanan ini juga bakal menawarkan tajaan Yuran Tahunan kepada semua peserta disamping mendapat rating FIDE selesai sahaja kejohanan.

Kejohanan ini akan dijalankan dengan format FIDE Classical, iaitu 90 minit/pemain. Hanya 10 orang sahaja yang bakal ditawarkan untuk bermain dan jemputan akan dihantar secara rasmi kepada individu-individu yang terlibat. Namun begitu, jika individu-individu tersebut menolak setelah tarikh tutup 1 Februari, tawaran akan dibuka kepada ahli PCNK lain yang mungkin mahu mendapat FIDE rating untuk mencuba nasib.

KELANTAN MASTERS (Flyer)jpg_Page1



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *