Kelantan FIDE Rated – Dr Nasrul menang lagi



Berita terkini kami terima dari Kubang Kerian setelah berakhirnya perlawanan pagi tadi antara Dr Nasrul dan Azlin Juarih dengan kemenangan berpihak kepada Dr yang bermain putih dalam pembukaan English.

Dr Nasrul vs Norazlin Juarih di InstaForex Kubang Kerian

Segar dari kemenangan pertama ke atas Marzuki semalam, Dr Nasrul sekali lagi menggunakan strategi pembukaan yang sama untuk menundukkan Azlin sekali gus melompat lagi 3 anak tangga untuk berada pada tangga ke-4 dengan mengumpul 3 mata dari 7 perlawanan.

Berikut adalah permainan antara Dr Nasrul bermain putih dengan pembukaan English menentang Azlin Juarih

Kemenangan Dr Nasrul ini juga membantu Abdul Haq memintas Azizul Mat Daud melalui mata pemisah SB walaupun Abdul Haq sendiri tidak bermain hari ini.

Berikut adalah kedudukan terkini 1st Kelantan FIDE Rated Event 2011

————————————————————————————————————————————
Sementara itu di DATCC berlangsung Stonemaster PRO Open Chess Championship 2011 sempena perayaan Deepavali. Kami mendapat berita tidak rasmi, antara pemain Kelantan yang mengambil bahagian adalah
1. Ariez Azman
2. Harun Bustaman
3. Izuddin Ahayat 
4. Noor Hisyam Ahayat
5. Abdullah Che Hassan
Kami ucapkan selamat bertarung dengan penuh semangat untuk menaikkan taraf sukan catur negeri Kelantan.
Keputusan pemain Kelantan
Abdullah Che Hassan – 7
Izuddin Ahayat – 10
Ariez Azman – 15
Noor Hisyam Ahayat – 37
Harun Bustaman – 64


3 Responses to Kelantan FIDE Rated – Dr Nasrul menang lagi

  1. n@jd0rf says:

    Mata pemisah SB valid ke untuk Round Robin? Sbb kita akan lawan semua pemain yg sama….

  2. Bad Bishop says:

    valid sebab lawan pemain yang sama, keputusan bertemu pemain yang sama lain2.

    kalau menang dengan pemain tu, mata pemain tu dapat pada player yang menang. Contoh Nik ( senang kira baru 3 game) menang Nasrul dan Ezmi dan seri Haq. nasrul 3 point + Ezmi 1.5 point dan Haq 4.5 mata/2 ( sebab seri ) = 6.75 mata

    Harap jelas dengan jawapan ni. 🙂

  3. Bad Bishop says:

    jadi menang dengan pemain yang mendapat mata tinggi sangat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *