Kejohanan Tertutup Kelantan



Kejohanan pertama anjuran PCNK tahun ini adalah Kejohanan Tertutup Kelantan yang bertujuan untuk mencari juara di kalangan para pencatur Kelantan yang berada di bumi Kelantan atau yang sedang merantau. Kejohanan ini juga menjadi landasan untuk memilih calon yang akan dipertimbangkan untuk mewakili Kelantan ke Kejohanan Tertutup Kebangsaan yang bakal berlangsung di Sabah Mac nanti. 

Antara hadiah yang bakal menjadi rebutan adalah tajaan yuran tahunan RM30 yang bakal dilaksanakan bermula tahun ini. Yuran ini bertujuan membezakan ahli PCNK yang ingin aktif pada sesuatu tahun dan ahli yang tidak mahu aktif pada tahun tersebut. Ahli aktif ini akan mendapat faedah-faedah antaranya diskaun yuran kejohanan anjuran PCNK yang tentunya menguntungkan.

Kejohanan ini juga ingin memperkenalkan sistem pembayaran baru yang tentunya memudahkan urusan pada hari kejohanan. PCNK ingin memastikan setiap kejohanan anjurannya bermula tepat pada masanya dan ini boleh dilakukan sekiranya peserta yang berminat mendaftar dan membuat pembayaran sebelum tarikh tutup sesuatu kejohanan. Oleh itu, PCNK tidak akan menerima sebarang bentuk pembayaran pada hari pertandingan melainkan pembayaran yuran tahunan.

KEJOHANAN TERTUTUP KELANTAN 2016

Sila daftarkan nama anda di pautan ini (klik pada screenshot di bawah).

KC2016

 

Senarai juara-juara Kelantan yang lepas:

2015 – Tiada pertandingan

2014 – Tiada pertandingan

2013 – Nik Ahmad Farouqi

2012 – Nik Ahmad Farouqi

2011 – Nik Ahmad Farouqi

2010 – Syed Azizi



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *