Kejohanan Catur Tertutup Kelantan & Kejohanan Catur Peringkat Umur (Siri 1)



Seperti tahun lepas, kejohanan pertama PCNK merupakan Kejohanan Catur Tertutup Kelantan yang akan menjadi medan utama pemilihan wakil negeri ke kejohanan luar Kelantan. Kejohanan ini juga menjadi kriteria utama pemilihan skuad The Red Knights untuk tahun ini disamping menjadi satu-satunya kejohanan yang hanya boleh disertai oleh pemain yang berasal atau menetap di Kelantan.

Walaupun kejohanan ini boleh disertai oleh para pemain yang bukan ahli PCNK, adalah digalakkan pemain tersebut mendaftar sebagai ahli seterusnya membayar Yuran Tahun 2017 jika mereka berminat untuk bermain catur di negeri Kelantan sepanjang tahun ini. Selain bakal mendapat potongan diskaun yuran kejohanan, ahli aktif juga boleh mendapat pelbagai faedah lain seperti diskaun pembelian di kedai PCNK dan faedah-faedah lain.

Pada masa yang sama, Kejohanan Catur Peringkat Umur siri 1 akan diadakan. Pemain cilik boleh memilih samada untuk bermain dalam kejohanan ini ataupun beradu minda dengan orang yg lebih dewasa dalam Kejohanan Catur Tertutup Kelantan.

Maklumat kedua-dua kejohanan adalah seperti berikut:

Untuk pendaftaran secara atas talian, anda boleh mendaftar di pautan ini

Tempat kejohanan ini adalah di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan

 

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi En Faridzul di talian 0169640972



2 Responses to Kejohanan Catur Tertutup Kelantan & Kejohanan Catur Peringkat Umur (Siri 1)

  1. Amir Ridwan says:

    kalau bayar semasa hari kejohanan boleh x

  2. Presiden says:

    Boleh… tapi pastikan nama daftar online sebelum tarikh tutup..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *