Kejohanan Catur Terbuka Faris Petra Open (FIDE Rated)



Pada 19-20 Januari, satu kejohanan bertaraf antarabangsa (FIDE) akan diadakan di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Kejohanan ini terbahagi kepada Kategori Terbuka yang bertaraf FIDE dan Kategori Bawah 12 tahun. Segala maklumat berkaitan boleh dibaca di bawah ini:

 

Kepada AHLI AKTIF yang telah berdaftar, anda boleh membayar sebagai PCNK MEMBER seperti dalam borang di atas manakala ahli biasa harus membayar seperti MALAYSIAN PLAYER. Kepada AHLI AKTIF yang telah mendaftar dengan yuran MALAYSIAN PLAYER, anda boleh meminta pulangan di kaunter yang akan dibuka pada hari kejohanan.

Senarai AHLI AKTIF terkini boleh dibaca di sini.

Kepada yang masih keliru, AHLI AKTIF adalah ahli biasa yang membayar Yuran Tahun 2018 sebanyak RM30 (dewasa) dan RM15 (bawah 17) manakala AHLI BIASA adalah ahli yang mengisi borang pendaftaran menjadi ahli PCNK dan membayar Yuran Pendaftaran RM5. HARAP MAKLUM.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *