Kejohanan Catur Peringkat Umur 2016 Siri 2.0



Setelah kejayaan siri 1.0 baru-baru ini, PCNK membawakan Kejohanan Catur Peringkat Umur 2016 Siri 2.0 pada 12 Februari nanti. Hadiah dipertingkatkan dan yuran penyertaan direndahkan (bersyarat) dengan harapan pada siri 2.0 ini lebih banyak penyertaan yang pihak kami dapat. 

FLYERS 2.0

Bagi mereka yang sudah membayar YURAN TAHUNAN dan diisytiharkan menjadi ahli aktif PCNK (senarai ahli aktif akan dikeluarkan akhir bulan ini), yuran hanyalah RM 10 dan berita baik kepada pihak sekolah yang ingin menghantar pelajar bermain di kejohanan ini, yuran dikenakan hanyalah RM10. Diharap dengan penurunan yuran ini lebih ramai yang akan dapat sertai.

PERLU DIINGATKAN bahawa kejohanan ini berlangsung pada hari Jumaat, peserta perlu menyediakan perkhidmatan sendiri untuk solat Jumaat

Boleh mendaftar secara online di SINI

Surat jemputan dan sebarang pertanyaan boleh terus hubungi faridzul (0169640972)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *