Kejohanan Berpasukan Merdeka ASTRO



Bermula esok, pasukan Kelantan akan bertarung di dalam Kejohanan Berpasukan Merdeka ASTRO yang diadakan sempena Pesta Catur Malaysia kali ke 13. Pesta yang berlangsung selama 10 hari juga mengandungi beberapa acara lain seperti Kejohanan Bawah 12 tahun Datin Yee Wai Fong dan Kejohanan Terbuka Malaysia Dato’ Arthur Tan. Kejohanan-kejohanan ini bertaraf FIDE dan maklumat boleh didapati di laman sesawang FIDE.

Pasukan ini dibarisi oleh gabungan pemain muda dan berpengalaman iaitu Baharuddin Hamzah, Muhd Ariez Azman, Dr. Nasrul Humaimi Mahmood dan Wan Mohd Azmie Wan Rahim. Walaupun pihak PCNK hanya mampu untuk menampung yuran pendaftaran, semangat para pemain tersebut yang sudi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membawa nama Kelantan patut dipuji.

dr-nasrulbaharuddinazmieariez

Bersama-samalah kita doakan agar pasukan Kelantan berjaya pulang dengan kejayaan.

kelantan-state-team(Sila klik gambar untuk ke paparan chess-results.com)  

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *