Blitz Mahabbah 2.0



Satu lagi kejohanan blitz untuk ahli PCNK akan diadakan bersamaan hari Kejohanan Peringkat Umur 3.0 pada 26 Mac 2016 bertempat di SMKA Melor, Kota Bharu.  Blitz ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dan mahabbah di antara ahli-ahli PCNK yang lama dan baru. Blitz ini akan bermula sebaik sahaja selesai Kejohanan Peringkat Umur untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PCNK yang bermain dalam kejohanan tersebut turut sama.

Kaunter pendaftaran keahlian PCNK akan dibuka untuk membolehkan peminat catur yang masih belum berdaftar sebagai ahli PCNK berbuat demikian pada hari kejohanan. Mereka hanya perlu mengisi borang keahlian disertai yuran pendaftaran RM5 sebelum mendaftar dalam kejohanan blitz ini.

Segala maklumat lanjut sebagaimana di bawah:

MAHABBAH BLITZ 2016jpg_Page1



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *