Bengkel Catur AGM Nik Farouqi



Sempena bulan Ramadhan tahun ini, AGM Nik Ahmad Farouqi pulang ke Kota Bharu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu catur beliau dengan para pencatur di Kelantan. Seramai lebih kurang 80 orang telah mendapat manfaat kehadiran beliau. Bengkel telah diadakan di dua tempat iaitu di Kota Bharu dan Tumpat.

Pihak PCNK mengharapkan agar bengkel-bengkel sebegini terus mendapat sambutan daripada pelbagai pihak kerana kami komited dengan perjuangan meningkatkan taraf permainan catur di Kelantan, khasnya di kalangan para pelajar sekolah. Tambahan pula, ini sesuai dengan persiapan menghadapi Kejohanan MSSK yang bakal diadakan 4-7 Julai dan seterusnya Kejohanan MSSM di Pahang pada awal Ogos.

Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada AGM Nik Ahmad Farouqi di atas kesudian beliau mengadakan bengkel walaupun di dalam bulan puasa.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *