Aktiviti sepanjang minggu lepas pemain Kelantan



Beberapa pertandingan catur pada minggu lepas yang disertai oleh pemain-pemain Kelantan.

Selasa 25/10/11 – 4th DATCC Team Event : Kelantan seri 2-2. IM Mas menang, Abdul Haq kalah, Abdullah menang, Nik kalah.

Jumaat 28/10/11 – 1st Kelantan Rated : Azlin Juarih vs Ariez , Keputusan SERI
Sabtu 29/10/11 – 1st Kelantan Rated : Ariez vs Nik Farouqi , Keputusan Nik Farouqi MENANG
Ahad 30/10/11 – 1st Kelantan Rated : Azlin Juarih vs Ezmi Mahmood , Keputusan Ezmi MENANG

————————————————————————————————————————————

1st Kelantan Rated terus rancak apabila 1 lagi permainan berjaya diselesaikan kali ini antara Azlin Juarih dan Ezmi Mahmood. Perlawanan diadakan di KL International Hotel dan berjaya menarik beberapa pemerhati seperti IM Mas Hafizul, Ariez Azman, Harun Bustaman dan Wan Syahrina.

Azlin vs Ezmi dan diperhatikan oleh IM Mas Hafizulhelmi

Permainan ini sungguh sengit dan mengambil masa sehingga 4 jam dan berakhir kira-kira 1 pagi. Berikut merupakan permainan antara Azlin dan Ezmi

Menjamu selera setelah penat bertarung
Dengan keputusan berikut, kedudukan pemain dalam 1st Kelantan FIDE Rated sekali lagi berubah dan Ezmi melompat 3 anak tangga ke tangga ke 7.

Kedudukan sehingga 30 Oktober 2011

————————————————————————————————————————————

Sementara itu pada 30 Oktober juga telah berlangsung KL Braille Open 2011 di Stadium Tertutup Titiwangsa. Perlawanan sebanyak 6 pusingan ini dimenangi oleh The Incredible Abdul Haq yang mendapat 5.5 mata, 1 mata di depan pesaing lain dan mendapat RM 500 sebagai juara. Keputusan KL Braille Open boleh diikuti di SINI

Pertandingan ini juga menyaksikan Nik Farouqi sebagai Arbiter bagi bahagian individu.

The Incredible Abdul Haq – Juara KL Braille Open 2011
————————————————————————————————————————————
Ampangan Open – Abdullah Che Hassan berjaya mendapat Naib Juara di sini. Pertandingan ini dijuarai oleh Kamaluddin Yusof yang dikenali sebagai Abang Bro.
Abdullah Che Hassan : Naib Juara Ampangan Open
————————————————————————————————————————————
Frank Goon Cup 2011 telah disertai oleh Nasrul Humaimi dan Marzuki Yaacob. Nasrul berjaya mengakhiri perlawanan di tangga ke-6 dan paling manis kejayaan beliau menewaskan pemain Myanmar pada pusingan terakhir bukan dicapai dengan mudah. Dengan kemenangan ini, Nasrul membawa pulang RM 100 hadiah kemenangan. Sementara itu Marzuki mengakhiri pertandingan di kedudukan 15.
Nasrul – no 6 Frank Goon Cup

Frank Goon Cup 2011

1 Micheal Angelo Palma 6 1/2
2 Muhd Syazwan Zulkifli 6
3 Robert Suelo 6
4 Mok Tze Meng 5½
5 Ali M. Konkar 5½
6 Nasrul Humaimi Mahmood 5½
7 Zarul Shazwan Zullkafli 5½
8 Mohd Khairul Nizam Johari 5½
9 Sai Jia Chuan 5½
10 Nguyen Tien Thanh 5

Berikut adalah perlawanan antara Nasrul yang bermain Hitam menentang Nguyen Tien Thanh pada pusingan terakhir. Nasrul MENANG!!

————————————————————————————————————————————
Di Bukit Kiara pula disertai wakil dari Kelantan iaitu Ariez Azman, Harun Bustaman dan Ezmi Mahmood. Pertandingan ini hanya berlangsung 3 pusingan dan 4 lagi pusingan akan disambung Ahad depan.
————————————————————————————————————————————


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *