4 pemain Kelantan akan bermain Maverick Weekend



Berdasarkan senarai pemain yang berdaftar sehingga 16 Februari ini, kelihatan sebanyak 4 pemain Kelantan dari 25 peserta telah mendaftar. Kemungkinan senarai ini akan bertambah menjelang kejohanan pada 27 Februari ini memandangkan nama seperti Ariez, Izuddin Ahayat, Mohd Amin, Bukhari dan lain-lain pemain Kelantan yang berada di Kuala Lumpur belum mendaftar.

Senarai 4 peserta Kelantan tersebut diketuai oleh IM Mas Hafizulhelmi (2275), Nik Ahmad Farouqi (1914), Wan Tarmizi Wan Sulaiman (1474) dan peserta kuat unrated Muhd Ezmi Mahmood. Baru-baru ini Nik Farouqi merupakan Juara Tertutup Kelantan 2011 manakala Muhd Ezmi mendapat tempat ke 9 Tertutup Kelantan.

IM Mas Hafizul
Nik Ahmad Farouqi

Wan Tarmizi Wan Sulaiman

Muhd Ezmi Mahmood

Maklumat lanjut mengenai Kejohanan Maverick Weekend dan Senarai pemain berdaftar setakat ini boleh dirujuk di SINI

Selamat berjuang ko sep-sep kito.. GOMO KELATE GOMO



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *