ZADANO Kelantan Open 2014 DITUNDA



Bismillahirrahmanirrahim
Satu mesyuarat diadakan dengan AJK pertandingan bersama penaja kejohanan untuk membincangkan status ZADANO Kelantan Open 2014. AJK PCNK akhirnya bersetuju untuk menunda kejohanan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian. Antara sebab-sebab penundaan adalah
1. Banjir besar yang melanda bukan sahaja di negeri Kelantan tetapi juga Terengganu, dan Pahang. Banjir kali ini adalah yang terburuk sejak tahun 2004.
2, Laluan darat menuju ke lokasi pertandingan di Kota Bharu kebanyakannya ditutup dan berita dari bilik gerakan banjir memaklumkan banjir akan berakhir dalam tempoh seminggu lagi.
3. Peralatan pertandingan disewa dari pihak ketiga juga sukar dibawa masuk ekoran banjir.
4. Faktor-faktor keselamatan peserta sekiranya pertandingan diteruskan mengikut jadual
5. Risiko gangguan bekalan elektrik sepanjang musim banjir
6. Beberapa permintaan dari peserta sendiri supaya pertandingan ditunda kerana terperangkap di kawasan masing-masing seperti di Gua Musang dan Kuala Krai atau tidak dapat hadir ekoran kebanyakan laluan sama ada ditutup atau terlalu merbahaya untuk dilalui.
Atas perkara-perkara di atas, PCNK dengan berat hati bersetuju untuk MENUNDA secara RASMI Kejohanan ZADANO Kelantan Open 2014 ke tarikh yang akan diumumkan kemudian. 
PCNK memohon seribu kemaafan di atas kesulitan yang timbul di atas penundaan kejohanan ini kepada mereka yang terlibat dan didoakan supaya mangsa-mangsa banjir di Kelantan selamat dan bencana ini segera pulih.
PCNK akan memaklumkan kepada peserta-peserta terutamanya yang sudah membuat pembayaran dan juga pemain yang sudah mendaftar mengenai penundaan ini melalui hebahan di blog. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Nik Ahmad Farouqi di talian 019-999 6006.
Harap maklum.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *