Wong Yin Long dan Nur Nabila Juara MCC 2017



Setelah tamat 9 pusingan yang amat mencabar, akhirnya Wong Yin Long dan Nur Nabila Azman Hisham dinobatkan sebagai juara kategori masing-masing dengan 8 mata. Namun, Wong Yin Long terpaksa melepasi halangan terakhir iaitu pertarungan 1 sama 1 dengan AGM Nik Ahmad Farouqi dari Kelantan sebelum mampu menjulang Piala Tan Sri Ramli Ngah Talib yang membawa gelaran National Master. Bagi Farouqi, ini adalah kali kedua beliau berada di dalam keadaan sedemikian setelah terlepas kejuaraan kepada Tan Khai Boon pada 2010.

Berikut adalah senarai pemenang (daripada chess-results.com):

 

 

Dalam Kategori Wanita pula, Nur Nabila tidak menghadapi masalah mengenepikan semua pencabar beliau. Hanya adik beliau Nur Najiha yang mampu memberi saingan manakala pencabar terdekat yang lain ditinggalkan 1.5 mata di belakang. Beliau menerima Piala Tan Sri Sabaruddin Chik yang membawa gelaran National Woman Master.

Berikut adalah senarai pemenang (daripada chess-results.com):

Dalam kategori berpasukan yang mengambil kira markah terkumpul 4 pemain terbaik setiap negeri, pasukan lelaki Pulau Pinang berjaya menjulang Piala PMB Tijari dengan markah terkumpul 26.5 markah. Pasukan Kuala Lumpur berada di tempat kedua dengan 25 markah diikuti pasukan Kelantan dengan 22.5 markah.

Berikut adalah senarai pemenang (daripada chess-results.com):

 

Dalam kategori berpasukan wanita pula, pasukan wanita Selangor mengatasi pasukan Kuala Lumpur dan Kelantan dengan 24.5 markah. Kuala Lumpur berada di tempat kedua dengan 23.4 markah diikuti pasukan Kelantan dengan 19 markah. Pasukan yang menang menjulang Piala Saleem Aziz yang julung-julung kali diadakan.

Berikut adalah senarai pemenang (daripada chess-results.com):

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *