Tun Seri Lanang Catat Sejarah di KPTM PCNK

Tun Seri Lanang ini bukan merupakan penulis buku Sejarah Melayu seperti dalam catatan sejarah, namun beliau tetap mencatat sejarah apabila menjuarai Kejohanan Catur Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang merupakan kerjasama pertama antara PCNK dan KPTM, Kota Bharu. Beliau memintas pilihan pertama kejohanan, Azhari Mohd Nor apabila Azhari gagal untuk hadir permainan pertama yang bermula jam 9.30 pagi.

Sementara itu, tiga adik-beradik mencuri tumpuan apabila ketiga-tiganya berjaya menempatkan diri di kalangan pemenang tempat sepuluh teratas. A’qil A’lauddin, A’niq A’riffin dan A’dira A’ddawiyah merupakan bakat-bakat yang dicungkil sendiri oleh ayah mereka, Encik Abdul Aziz. Beliau membuktikan bahawa kejayaan mampu dicapai jika seseorang itu melakukan sesuatu dengan sikap bersungguh-sungguh.

Keputusan penuh boleh dibaca di laman chess results dengan menekan pautan ini.

One Response to Tun Seri Lanang Catat Sejarah di KPTM PCNK

  1. Aniq ariffin bin abd aziz says:

    Tournament yang sangat best!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *