The Red Knights ke Interstate Kuantan



Pada 25 – 28 November ini di Hotel MS Garden, Kuantan, peminat catur tempatan bakal menyaksikan pertembungan epik antara pasukan negeri untuk merebut gelaran pasukan negeri terbaik di Malaysia. Pasukan-pasukan tersebut akan dibarisi oleh pemain-pemain terbaik negeri yang akan menggalas misi yang diletakkan di atas bahu mereka. Pemilihan-pemilihan telah dilakukan samada melalui pertandingan atau melalui kriteria-kriteria tertentu untuk memastikan pemain-pemain yang dipilih layak untuk menghadapi cabaran ini.

Pasukan catur Kelantan, atau The Red Knights, juga tidak terkecuali. Walaupun tidak sempat untuk mengadakan pemilihan khas, pemain-pemain dipilih berdasarkan merit. Berikut adalah barisan pemain yang akan mewakili The Red Knights pada kali ini:

AGM Nik Ahmad Farouqi Nik Abdul Aziz

NIK-2BAHMAD-2BFAROUQINik Ahmad Farouqi merupakan antara pemain Kelantan yang mempunyai rating yang amat tinggi, samada rating kebangsaan mahupun FIDE. Beliau juga merupakan juara Tertutup Kelantan sebanyak 3 kali bermula 2011 sehingga 2013. Walaupun beliau tidak bermain dalam kejohanan Tertutup Kelantan pada tahun ini, beliau terpilih berdasarkan kejayaan-kejayaan beliau di luar negeri. Terbaru, beliau menjuarai kejohanan catur Terbuka Langkawi yang diadakan pada 1-2 Oktober lepas dihadapan pemain-pemain ternama lain seperti IM Mas Hafizulhelmi dan Zaidan Zulkipli. Beliau juga merupakan Arena Grandmaster pertama Malaysia yang diiktiraf oleh FIDE. Sehubungan itu, beliau terpilih sebagai kapten untuk pasukan The Red Knights kali ini.

Wan Mohd Azmie Wan Abdul Rahim

azmieWan Mohd Azmie merupakan juara kejohanan Tertutup Kelantan tahun ini. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang catur, terutamanya dalam kejohanan di Kelantan. Pada tahun ini, beliau telah mewakili Kelantan sebanyak 2 kali iaitu di Malaysian Chess Challenge (atau Kejohanan Catur Tertutup Malaysia) dan ASTRO Rapid Team Championship. Beliau juga baru sahaja dinobatkan sebagai juara dalam KARISMA pada bulan Oktober.

Nasrul Humaimi Mahmood

dr-nasrulWalaupun beliau mewakili Johor dalam MAKSAK (disebabkan tempat bertugas), hati dan jiwa beliau masih lagi untuk Kelantan. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam kejohanan catur berpasukan mahupun kejohanan individu. Beliau dipilih berdasarkan persembahan mantap dalam Kejohanan Catur Terbuka Ketereh bulan Mei lepas. Pada tahun ini, beliau mewakili Kelantan dalam ASTRO Rapid Team Championship. Diharapkan beliau mampu mengulangi persembahan cemerlang dalam Kejohanan Interstate kali ini. 

AGM Muhammad Ariez Azman

ariezPenolong Bendahari PCNK ini bukan sahaja bijak mengira wang, malah beliau juga bijak membuat kira-kira di atas papan catur. Merupakan bakat yang semakin meningkat naik, Muhammad Ariez tidak asing daripada podium setiap kejohanan yang disertainya. Beliau mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Tertutup Kelantan tahun ini. Beliau juga merupakan salah seorang anggota pasukan The Red Knights dalam ASTRO Rapid Team Championship. Lawan yang mengambil mudah terhadapnya akan disembelih dengan rakus tanpa belas kasihan, seperti mangsa-mangsa yang menerima padah dalam perjalanan beliau mendapat gelaran Arena Grandmaster.

Mohd Amin Mohd Noor

DSCF0907Mohd Amin Mohd Noor baru sahaja melangsungkan perkahwinan tahun ini. Oleh itu, beliau menghentikan sejenak kegiatan dalam sukan catur. Namun, kemahiran catur beliau masih utuh dan berbisa apabila dengan mudah menjuarai Kejohanan Catur Terbuka UiTM dalam bulan Ogos. Beliau merupakan seorang pemain yang sukar ditewaskan kerana mempunyai pengetahuan yang amat tinggi dalam teori catur.

 

 

 

 

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *