TERBUKA KELANTAN 2012 DITUNDA



Musim tengkujuh yang melanda beberapa tempat di pantai timur pada baru ini sedikit sebanyak menjejaskan penganjuran Terbuka Kelantan 2012 yang pertama kali dijadualkan pada esok 28 dan 29 Disember ini. Setelah beberapa faktor diambil kira seperti keselamatan pengguna jalan raya untuk hadir ke sini dan juga masalah banjir, PCNK telah mengambil keputusan untuk menunda kejohanan ke 8 dan 9 Februari 2013.
Pada hari Sabtu yang lalu dunia catur Malaysia dikejutkan dengan berita sedih kemalangan maut yang menimpa keluarga Cikgu Sabirin 4 sekeluarga dari di Kemasik dan keesokan hari pula banjir kilat di Kuantan menenggelamkan kereta setiausaha PCNK, Nik Ahmad Farouqi yang kebetulan berada di sana untuk mengambil bahagian Kejohanan Finale SCC anjuran Setiachess Kuantan. Kebanyakan peralatan seperti jam catur digital dan set catur yang akan digunakan pada Terbuka Kelantan berada di dalam kereta tersebut dan turut tenggelam.
Pihak PCNK memohon maaf atas penundaan ini. Bagi peserta yang telah membuat bayaran penyertaan, sila hubungi setiausaha pcnk untuk tujuan pemulangan semula yuran kejohanan di 0199996006.
Harap maklum dan terima kasih.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *