Tahniah The Red Knight tempat ke 6 Kejohanan MAKSAK 2015

Pertandingan catur berpasukan Majlis Kebajikan & Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) telah melabuhkan tirainya. Pasukan Kuala Lumpur berjaya menjadi johan pada kali ini manakala johan tahun lepas iaitu Terengganu mendapat tempat ke4. Pasukan The Red Knights yang menghantar 6 orang pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan dan seorang pengurus iaitu En. Nik Mohd Azrihan telah mendapat tempat ke6. Jauh lebih baik daripada prestasi tahun lepas

Tahniah diucapkan!

ranking maksak

 

Tahniah juga kepada En Nik Nazri Nik Hasan kerana berjaya mendapat Best Board dengan memberi sumbangan 5 mata kepada pasukan The Red Night. Mereka yang mengharumkan nama Kelantan adalah

  1. En. Mohd Azizul Mat Daud
  2. En. Nik Mohd Nazri Nik Hasan
  3. En. Md Anis Rahimi Mohd Noor
  4. En. Muhammad Ariez Azman
  5. En. Mohd Saufi Deraman
  6. En. Baharuddin Hamzah

maksak1

Pihak PCNK mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur pada kali ini yang menjadikan kejohanan MAKSAK pada tahun ini antara terbaik yang pernah diadakan. Semoga tuan rumah pada tahun mendatang akan menambah baik mutu penganjuran agar sukan catur di Malaysia terus gah

Antara gambar yang sempat diambil

maksak5

maksak 2

maksak4

maksak3

maksak6

 

maksak0

Prestasi untuk setiap peringkat adalah seperti dibawah

rank1 rank2

 

Semoga tahun 2016 kita bakal membawa pulang PIALA MAKSAK!

One Response to Tahniah The Red Knight tempat ke 6 Kejohanan MAKSAK 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *