[autoad] Tahniah NI Ariez, FI Yusri dan FI Zulhilmi – PCNK

Tahniah NI Ariez, FI Yusri dan FI Zulhilmi



Kelantan kini mempunyai tiga orang jurulatih bertauliah yang baru setelah tamatnya kursus kejurulatihan anjuran MCF di Fairview International School, Johor Bahru pada 14-16 November 2019. Muhammad Ariez Azman, pengasas Akademi Catur Ariez Azman kini bergelar National Instructor manakala Ahmad Yusri dan Ahmad Zulhilmi Sahadi, pengasas Akademi XChess yang berpusat di Kota Bharu, kini bergelar FIDE Instructor. Mereka merupakan generasi muda catur Kelantan hasil daripada bakat yang dicungkil daripada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan.

Adalah diharapkan dengan gelaran yang mereka perolehi, Kelantan akan menghasilkan lebih ramai bakat-bakat baru dalam kancah MSSM untuk bersaing dengan kuasa catur MSSM seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Senarai penuh peserta kursus boleh dibaca di laman MCF di sini.

(Gambar-gambar diculik daripada laman rasmi MCF, fidetrainers.blogspot.com)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *