Syaahil Hamid Kuasai UiTM Machang



Syaahil Hamid melepasi laluan berliku untuk muncul juara Kejohanan Terbuka UiTM Machang yang diadakan baru-baru ini. Beliau perlu berada dikemuncak prestasi untuk mengatasi pencabar-pencabar beliau termasuklah Ghazali Che Cob, Wan Mohd Azmie dan Mohd Amin Mohd Noor serta berkongsi mata dengan rakan senegeri Nor Azmi dan pemain MAKSAK Kelantan, Baharuddin Hamzah yang mendapat tempat kedua dan ketiga. Kejayaan ini melengkapkan penguasaan pencatur dari negeri Terengganu dalam kejohanan UiTM untuk tahun ini apabila seorang lagi rakan beliau, Abdul Rahim, mendapat tempat keempat. Umum mengetahui bahawa Machang merupakan medan pertarungan sihat antara pencatur Kelantan dan Terengganu saban tahun kerana kedudukannya yang strategik.

Keputusan Kategori Terbuka

  1. Syaahil Hamid
  2. Nor Azmi Mohd Nor
  3. Baharuddin Hamzah
  4. Abdul Rahim Ramli
  5. Mohd Amin Mohd Noor
  6. Mohd Ariji Hasan Basri
  7. Muhd Ariez Azman
  8. Wan Tarmizi Wan Sulaiman
  9. Ruzenan Abu Bakar
  10. Ahmad Luqman Zaki

Terbaik PCNK

  1. Wan Mohd Azmie
  2. Norazlin Juarih
  3. Ghazali Che Cob

Terbaik Wanita

  1. Ayu Zawanis Zuraini

Terbaik UiTM

  1. Mohd Izewan Abdullah

(Keputusan penuh boleh dicapai di chess-results.com)

 

Sementara itu, Kategori Bawah 18 tahun yang menyaksikan penyertaan seramai 128 orang diungguli oleh Ahmad Ridzwan Zaki yang mengutip mata penuh diikuti oleh Norizran Hafifi dan Azfarziyad. Pihak penganjur berbesar hati memperbanyakkan hadiah untuk kategori ini dan Kategori Bawah 12 kepada 20 orang  pemenang kerana sambutan yang luar biasa.

Keputusan Kategori Bawah 18

  1. Ahmad Ridzwan Zaki
  2. Norizran Hafifi Nordin
  3. Azfarziyad Afni
  4. Md Alif Akmal
  5. Abdullah Nabil
  6. Nik Mohd Irfan
  7. Md Afif Zakwan
  8. Md Khuzairi Yusoff
  9. Hafiy Haziz
  10. Md Zul Hairee

Terbaik Wanita

  1. Nurul Natasya Nabila

(Keputusan penuh boleh dicapai di chess-results.com)

 

Kategori Bawah 12 tahun pula diserikan dengan permainan menarik di pusingan keenam antara juara kategori, Nik Ahmad Azim Nik Mud dan adiknya Nik Nor Afifah. Pada mulanya, semua orang menjangkakan dua beradik ini akan mudah bersetuju dengan keputusan seri di awal permainan, namun semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh kedua-dua pemain apabila permainan mereka merupakan yang terakhir tamat. Setelah berjuang habis-habisan, kedua-dua mencapai keputusan seri apabila masing-masing hanya tinggal Raja dan Permaisuri yang merupakan kedudukan seri secara teknikal.

Keputusan Kategori Bawah 12

  1. Nik Ahmad Azim
  2. Fatin Nadia Norhisham
  3. Ahmad Shauki Daud
  4. Muhd Danish Danial
  5. Nik Nor Afifah
  6. Tuan Nurul Afiqah
  7. Md Izrrul Afiq Ishak
  8. Adi Safiuddin Norhisham
  9. Md Khalid Nasurdin
  10. Abdul Rahim Azmi

Terbaik PCNK

  1. ‘Ammar Mohd Azizul

Terbaik Wanita

  1. Haifa Haziz

(Keputusan penuh boleh dicapai di chess-results.com)

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *