Dr Nasrul raih emas di SUKUM



Dr Nasrul meraih pingat emas dalam pertandingan catur Sukan Staff antara Universiti di Malaysia (SUKUM) yang telah berlangsung di USIM, Nilai pada 9-13 Ogos 2016. Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PCNK telah menjuarai kategori Individu Blitz menewaskan pencabar terdekatnya Norazmi Mohd Nor daripada UiTM. Dengan pungutan mata 8/9 sudah memadai untuk beliau dinobatkan sebagai Raja Blitz SUKUM bagi edisi 2016. Dalam acara Rapid, nasib tidak menyebelahi beliau apabila gagal menempatkan diri dalam senarai pemenang pingat apabila sekadar menduduki tempat ke-10 dengan pungutan mata 6/9. Walaubagaimanapun, pasukan yang diwakili beliau iaitu UTM, telah berjaya meraih pingat Perak secara keseluruhan. Syabas kepada Naib Presiden PCNK yang telah menunjukkan prestasi membanggakan kepada UTM dan PCNK serta membuktikan usia bukan penghalang untuk terus berjaya dalam arena catur.

nasrul1

Dari kiri : Norazmi Mohd Nor (Perak), Nasrul Humaimi (Emas) dan Haizal Jamaluddin (Gangsa)

nasrul3

Bersama pasukan UTM



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *