Sorotan Kejohanan Catur Tertutup Malaysia



Tahniah diucapkan kepada Azmie dan Najihah di atas keputusan yang memberangsangkan dalam Kejohanan Catur Tertutup Malaysia baru-baru ini. Wan Mohd Azmie berjaya mendapat kedudukan 20 teratas setelah mencapai 5.5 mata daripada 9 permainan. Antara kejayaan beliau adalah menumpaskan Mukhriez Shah serta seri dengan FM Ismail Ahmad dan otai Johor Taulani Tukiran.

klik untuk melihat info Wan Mohd Azmie

Seorang lagi wakil Kelantan, Mohd Amin tidak meneruskan permulaan baik beliau setelah mampu seri dengan FM Lim Zhuo Ren di pusingan 2. Beliau hanya mengutip 1 mata sahaja lagi dalam 7 pusingan terakhir setelah mendapat perkhabaran bahawa isteri kesayangan dibawa ke hospital. Namun, demi membawa nama Kelantan, beliau meneruskan baki kejohanan walaupun nyata terganggu dengan situasi tersebut. Kami seluruh peminat catur Kelantan mengharapkan agar dipermudahkan segala urusan beliau.

klik untuk melihat info Mohd Amin

Sementara itu, Najihah mendapat tempat ke 8 daripada 18 pemain dalam Kategori Wanita. Bermula dengan menewaskan anak Taulani, Laila Azwa di pusingan 1, beliau tewas 3 pusingan berikutnya sebelum bangkit di 5 pusingan terakhir untuk mendapat 5 mata keseluruhan.

klik untuk melihat info Najihah

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *