Pingat Gangsa milik Azlin Juarih



19 Februari 2017, menyaksikan Azlin Juarih berjaya meraih pingat Gangsa pada Sukan Catur Orang Kurang Upaya 2017 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (Paralimpik), Kg Pandan. Azlin telah berkongsi mata sebanyak 4.5/6 dengan pemain Pulau Pinang yang dinobat sebagai Naib Johan, tetapi tie-break telah memisahkan mereka. Kejohanan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 17 Februari 2017 juga disertai oleh wakil terbaik daripada seluruh negeri di Malaysia bagi memilih pemain negara ke Sukan Para Asean 2017, yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada September nanti. Dengan kemenangan ini, PCNK berharap Azlin akan terus meningkatkan prestasi demi perjuangan untuk negara Malaysia. Wakil Kelantan yang turut serta dalam Sukan Catur OKU ini adalah Nasrul Humaimi, selaku pengurus dan jurulatih pasukan Johor dan Baharuddin, selaku jurulatih pasukan Kelantan. Syabas dan tahniah pada semua.

Azlin menerima pingat daripada Pengarah Paralimpik Malaysia, En Mohd Safrushahar Yusoff.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *