Statistik Pelawat Blog PCNK bagi Februari 2011



Pada bulan Februari, seramai 2539 pengunjung melawat blog PCNK. Satu perkembangan yang bagus kepada PCNK untuk menarik penaja dan memberi semangat kepada kami untuk terus membuat liputan dan aktiviti di masa akan datang. Ini merupakan rekod baru bagi PCNK dengan jumlah terbesar pelawat dalam 1 hari hampir mencecah 200 pengunjung pada 7 Feb yang lalu. Pastinya kejohanan tertutup Kelantan yang lalu membantu dalam menarik pengunjung ke laman blog ini. Kami sendiri tidak pasti adakah jumlah ini dapat dipecahkan dalam tempoh terdekat memandangkan tiada pertandingan yang dirancang diadakan di Kelantan dalam tempoh terdekat kecuali MSSD dan MSSK pada bulan April dan Mei nanti.

Berikut adalah taburan pelawat mengikut hari sepanjang bulan Februari lalu.

Sudah masuk Bulan Mac 2011, bulan ini pastinya satu lagi bulan yang penuh dengan pertandingan-pertandingan sengit. Dengan National Age Group (NAG) yang akan berlangsung pada 12-14 Mac di UTP dan National Close pada 16-20 Mac di DATCC merupakan pertandingan bertaraf kebangsaan dan National Close sendiri merupakan pertandingan FIDE rated.

Lain-lain pertandingan mingguan bulan ini adalah Pertandingan Catur Terbuka (Berpasukan) Piala Tun Syed Zahiruddin di UM (5 Mac), Klang Parade Chess Championship (19-20 Mac). Selain pertandingan juga terdapat Kem Catur pada 14 dan 15 Mac sempena cuti sekolah. Pertandingan bulanan seperti Renegade dan Maverick juga dijangkakan di jalankan seperti biasa sebagai penutup catur bulanan. Sebarang pertandingan yang akan berlangsung sepanjang bulan Mac ini insyaallah akan kami buat liputan sekiranya dimaklumkan.

Sebarang cadangan untuk meningkatkan khidmat laman blog kami boleh dibuat dengan menghantar email di catur.kelantan@gmail.com.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *