Selamat Tahun Baru 2017

Tahun 2016 merupakan tahun yang amat aktif bagi PCNK. Banyak kejohanan telah diadakan bermula dengan Tertutup Kelantan pada bulan Januari sehingga Terbuka Pasir Puteh (Piala Dato’ Asyraf Wajdi) pada bulan November.  Kita juga telah mengadakan satu bengkel kejurulatihan pada bulan Mei dengan kerjasama PPD Tumpat yang telah berjaya menarik penyertaan seramai 16 orang guru.

Tahun 2017 diharapkan dapat memberikan sesuatu yang lebih baik lagi terutamanya kepada ahli-ahli PCNK yang aktif. Lebih banyak kejohanan dan bengkel telah dirancang agar taraf permainan catur di negeri Kelantan ini meningkat setanding dengan negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Sabah. Walaupun pihak kami tidak mampu menganjurkan kejohanan setiap hari minggu, diharapkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan boleh memberikan manfaat yang maksimum kepada ahli.

Sehubungan itu, ahli-ahli digalakkan mengambil sikap proaktif dan memberikan kerjasama secara langsung dengan menyumbang melalui Yuran Tahunan yang akan digunakan untuk melicinkan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut. Semoga dengan kerjasama ini, PCNK mampu menjadi antara persatuan catur yang terbaik di Malaysia.

MOHD AZIZUL MAT DAUD

Presiden 2015-2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *